Selamat Datang Ke HaramainClix

WAKAF AL-QURAN

Wakaf merupakan salah satu konsep pemberian harta yang mana ia menjadi amalan Rasulullah SAW dan para sahabat. Wakaf berlandaskan konsep sedekah yang boleh dinikmati oleh orang ramai, baik secara umum mahupun secara khusus. Selain itu, ia merupakan suatu bentuk amalan kebajikan yang disyariatkan oleh Islam kepada umatnya bagi tujuan kesejahteraan dan kemakmuran sekaligus meningkatkan darjat ketakwaan umat Islam kepada Allah. Hakikat kebajikan yang boleh diperoleh daripada amalan wakaf tidak akan tercapai sehinggalah kita mendermakan harta benda dan apa sahaja yang kita sayangi ke jalan Allah. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud :

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( hakikat ) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui.”

Wakaf dari sudut bahasa bermaksud menahan, sementara dari sudut istilah menurut jumhur ulama’ ( Imam al-Syafie, Abu Yusuf, Muhammad bin Hassan al-Syaibani dan ulama’ Mazhab Hanbali ) adalah menahan harta tertentu yang boleh dimanfaatkan dan keadaan harta tersebut kekal dan boleh dipindah milikan serta memutuskan pengurusannya daripada pihak yang mewakafkannya, disamping tindakan wakafnya itu bertujuan untuk kebajikan atau perkara-perkara yang diharuskan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Daripada pengertian wakaf di atas, dapatlah dilihat bahawa elemen-elemen wakaf adalah seperti berikut :

  1. Harta yang diwakafkan mestilah berada dalam pemilikan sempurna pewakaf.

  2. Menahan atau mewakafkan harta tertentu yang boleh diambil manfaat.

  3. Manfaatnya digunakan untuk faedah umum atau khusus.

  4. Bentuk harta itu adalah kekal.

  5. Memutuskan urusan harta wakaf daripada tuan punya.

  6. Tujuan wakaf adalah untuk kebaikan dan dilakukannya kepada perkara-perkara yang diharuskan.

Hukum wakaf di sisi jumhur ulama’ adalah Mandub ( sunat ). Hal ini kerana, wakaf disyariatkan oleh Allah SWT sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepadaNya. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat arab Jahiliyyah tidak mengetahui amalan wakaf ini kerana mereka lebih suka mengumpul harta kekayaan untuk mereka sendiri dan bukan untuk tujuan kebajikan. Namun, setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW menyeru umat Islam supaya berbuat banyak kebajikan termasuk amalan berwakaf untuk pihak-pihak yang memerlukan.

Dalam amalan wakaf, banyak jenis harta yang boleh kita wakafkan, ia merangkumi harta alih dan juga harta tidak alih. Contoh harta alih yang mudah untuk dilaksanakan dalam amalan berwakaf adalah Al-Quran. Hal ini kerana, Al-Quran memenuhi kriteria barang yang boleh diwakafkan kerana ia diketahui, mampu dimiliki dan bermanfaat. Amalan mewakafkan Al-Quran dapat memberi manfaat ( ganjaran ) kepada umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Selain itu, kita juga boleh mewakafkan al-Quran dan meniatkan ganjarannya kepada orang yang telah meninggal dunia. 

Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari dalam kitab Fathul Mu’in :

“dan memberikan manfaat bagi si mati dari ahli waris atau orang lain berupa sedekah darinya, antara contoh adalah mewakafkan mushaf ( Al-Quran ) dan selainnya, membina masjid, membuat perigi dan menanam pokok pada masa dia hidup atau dari orang lain yang melakukan setelah kematiannya.”

Imam Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj :

“dan memberikan manfaat kepada si mati berupa sedekah darinya, seperti mewakafkan mushaf ( Al-Quran ) dan selainnya, mengali perigi dan menanam pokok pada masa hidupnya atau dari orang lain untuknya setelah kematiannya.”

Imam Syamsudin al-Khatib asy-Syarbini di dalam al-Mughni :

“kemudian disyariatkan tentang perkara yang bermanfaat bagi si mati, maka kemudian ia berkata ( dan bermanfaat bagi si mati berupa sedekah ) darinya, wakaf, membangun masjid, menggali perigi dan seumpamanya.”

Al-‘Allamah Syeikh Sulaiman al-Jamal di dalam Futuhat al-Wahab:

“( frasa manfaat sedekah ) diantaranya wakaf untuk mushaf ( Al-Quran ) dan selainnya, menggali perigi, dan menanam pokok semasa hidupnya atau dari orang lain untuknya setelah kematiannya, dan doa untuknya dari ahli waris dan orang lain berdasarkan ijma’ ”

HARGA WAKAF AL-QURAN UNTUK MASJIDIL HARAM DAN MASJID NABAWI

AL-QURAN BESAR
AL-QURAN KECIL
RM 250
RM 160
20cm x 29cm
8.5cm x 11cm
2 naskah
2 naskah

HARGA WAKAF AL-QURAN UNTUK NEGARA NUSANTARA ( TERPILIH )

AL-QURAN BESAR
RM 100
20cm x 29cm
1 naskah

TEMPOH MASA PROSES WAKAF AL-QURAN HARAMAINCLIX ( MASJIDIL HARAM & MASJID NABAWI )

PENDAFTARAN
Selepas bayaran disahkan
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN MAKLUMAT
1-3 hari selepas bayaran disahkan
PENGHANTARAN SIJIL PENYERTAAN HARAMAINCLIX
1-7 hari selepas pengesahan pendaftaran
PELAKSANAAN WAKAF AL-QURAN
Dikumpulkan dan diproses 3 kali dalam setahun mengikut kesesuaian masa
PENGHANTARAN SIJIL PELAKSANAAN WAKAF AL-QURAN
14-30 hari selepas selesai pelaksanaan wakaf Al-Quran

TEMPOH MASA PROSES WAKAF AL-QURAN HARAMAINCLIX NEGARA NUSANTARA ( TERPILIH )

PENDAFTARAN
Selepas bayaran disahkan
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN MAKLUMAT
1-3 hari selepas bayaran disahkan
PENGHANTARAN SIJIL PENYERTAAN HARAMAINCLIX
1-7 hari selepas pengesahan pendaftaran
PELAKSANAAN WAKAF AL-QURAN
Dikumpulkan dan diproses 2 kali dalam setahun mengikut kesesuaian masa
PENGHANTARAN SIJIL PELAKSANAAN WAKAF AL-QURAN
14-30 hari selepas selesai pelaksanaan wakaf Al-Quran
  • Tempoh hari dalam jadual di atas berdasarkan hari berkerja tidak termasuk cuti mingguan dan cuti umum.
  • Cuti mingguan HaramainClix adalah Sabtu dan Ahad
  • Pendaftaran dibuka sepanjang tahun