BADAL / UPAH UMRAH

Badal Umrah adalah berasal dari dua perkataan iaitu Badal dan Umrah. Badal bermaksud ganti, pengganti atau yang menggantikan. Manakala umrah bermaksud menuju ke Baitullah al-Haram pada bukan waktu haji untuk melaksanakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Jadi dapat difahami, badal umrah adalah menggantikan orang lain dalam melaksanakan umrah kerana adanya halangan-halangan tertentu.

Hukum melaksanakan umrah adalah wajib, dan sama perihalnya dengan kawajipan melaksanakan haji. Hal ini seperti firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 :

“ Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah…..”.

Daripada ayat diatas, dapat dilihat perkataan umrah dinyatakan selepas perkataan haji, dan menunjukkan kedua-duanya mempunyai hukum yang sama iaitu wajib. Begitu juga, badal umrah disandarkan kepada hukum badal haji.

Ibadah umrah termasuk di dalam ibadah yang boleh diwakilkan kepada orang lain apabila menepati syarat-syaratnya. Dalam ilmu fiqh, ibadah yang boleh mewakilkan kepada orang lain adalah ibadah yang meliputi aspek fizikal dan kewangan seperti haji dan umrah. Hal ini mengikut pandangan jumhur ulama’ kecuali mazhab Maliki. Ibadah ini boleh diwakilkan apabila dalam keadaan tidak mampu, atau darurat, wujudnya masyaqqah ( kesukaran / kesusahan ) yang ada pada diri sendiri, dan ibadah ini pula boleh dilakukan / digantikan dengan orang lain apabila pelaksanaannya dibiayai orang-orang yang bersangkutan. Ibadah ini berbeza dengan solat kerana ibadah ini memerlukan pengorbanan harta, iaitu kos perjalanan dan sebagainya.

Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali membolehkan untuk badal haji dan umrah dalam dua keadaan iaitu:

  1. Ma’dhub (lemah), iaitu orang yang tidak sanggup berangkat menunaikan haji atau umrah kerana usia lanjut (terlalu tua) sakit kronik, atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau kerana terlalu gemuk sehingga tidak dapat duduk stabil / kukuh di atas kenderaan. Orang ini mesti melaksanakan haji jika dia mendapatkan seseorang yang boleh mewakilkan dirinya yang mana dia mempunyai harta untuk membiayai orang tersebut. Wakil badal haji atau umrah ini perlu menunaikan haji atau umrah untuk orang yang mewakilkan kepada mereka.

  2. Orang yang meninggal dunia dan ia telah berkewajipan untuk melaksanakan haji atau umrah. Bagi orang telah wajib menunaikan haji atau umrah kerana telah memenuhi syarat-syarat, dan kemudian meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji atau umrah, maka perlu membadalkan haji atau umrah untuknya walaupun menggunakan harta pusaka peninggalannya untuk membiayai kos badal haji atau umrah meskipun si mati tidak meninggalkan wasiat untuk melaksanakan haji atau umrah untuknya.

Semua badal / upah haji HaramainClix akan dilaksanakan oleh wakil syarikat kami yang berpengalaman dan merupakan pemastautin di Mekah dan Madinah. Wakil-wakil ini terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti tempatan, petugas-petugas haramian, pekerja-pekerja, warga Malaysia dan warga Nusantara yang menetap di Mekah dan Madinah serta umat Islam lain amnya.

Wakil-wakil ini akan melaksanakan badal / upah haji dalam musim haji dan setelah selesai semua urusan tersebut sijil perakuan pelaksaan badal / upah haji akan dikeluarkan sebagai pengesahan dan perakuan. Nama individu yang melaksanakan badal / upah haji tersebut akan ditulis pada sijil sebagai bukti pelaksaan tersebut. 

BADAL UMRAH  |  UPAH UMRAH

RM600


TEMPOH MASA PROSES UPAH UMRAH HARAMAINCLIX

PENDAFTARAN
Selepas bayaran disahkan
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN MAKLUMAT
1-3 hari selepas bayaran disahkan
PENGHANTARAN CENDERAHATI PENDAFTARAN DAN INVOICE / RESIT BAYARAN
1-7 hari selepas pengesahan pendaftaran
PELAKSANAAN UPAH UMRAH
14-30 hari selepas pengesahan pendaftaran
PENGHANTARAN SIJIL PELAKSANAAN UPAH UMRAH, SIJIL PENYERTAAN & CENDERAHATI DARI MEKAH
14-30 hari selepas selesai pelaksanaan upah umrah
  • Tempoh hari dalam jadual di atas berdasarkan hari berkerja tidak termasuk cuti mingguan dan cuti umum.
  • Cuti mingguan HaramainClix adalah Sabtu dan Ahad
  • Pendaftaran dibuka sepanjang tahun