BADAL / UPAH HAJI

Badal Haji adalah berasal dari gabungan dua kalimah / perkataan iaitu kata Badal dan Haji. Badal bermaksud ganti, pengganti atau yang menggantikan. Manakala haji bermaksud berziarah ke tempat tertentu ( Mekah / Kaabah ) pada waktu tertentu dengan melaksanakan amalan tertentu. Definisi dari kedua-dua perkataan ( Badal dan Haji ) tersebut, maka dapat difahami bahawa Badal Haji bermaksud menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu.

Terdapat beberapa dalil berkaitan amalan badal haji, antara hadith Rasulullah SAW adalah seperti berikut:

Hadith diriwayatkan oleh Ibn Abbas :

“ Seorang wanita suku Khats’am berkata, Wahai Rasulullah, bapa saya mempunyai kewajipan melaksanakan Haji, namun dia sudah tua sehingga tidak kuat lagi untuk duduk dibelakang unta, Rasulullah SAW bersabda: Kalau begitu, laksanakanlah haji oleh mu atas namanya ”.

Hadith diatas menunjukkan bahawa, bolehnya untuk melakukan haji untuk orang lain kerana orang itu tidak mampu untuk melaksanakan kewajipan haji kerana keadaan diri yang menghalang dari melakukan perkara tersebut. Selain itu, terdapat juga hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud :

“ Seorang wanita suku Juhainah menghadap Nabi SAW lalu berkata : Ibu saya pernah bernazar untuk pergi haji namun dia tidak sempat melaksanakan sehingga dia meninggal dunia, bolehkah saya melakukan haji untuknya? Rasulullah SAW menjawab : Ya, laksanakan haji untuk ibumu. Jika ibumu mempunyai hutang, bukankah kamu pun akan melunasinya? Lunasilah hutang kepada Allah, kerana hutang kepada-Nya lebih patut dilunas.”

Terdapat juga hadith yang diriwayatkan oleh ad-Daruqutni yang bermaksud :

“ Seorang lelaki menghadap Nabi SAW lalu berkata: Bapa saya meninggal dunia sementara dia mempunyai tanggungan haji. Bolehkah saya menunaikan haji untuknya?. Baginda bersabda: Jika bapamu meninggalkan hutang, apakah kamu akan melunasi hutangnya? Lelaki itu menjawab: Ya. Baginda bersabda : kalau begitu, laksanakan haji untuknya.”

Daripada hadith-hadith yang telah dinyatakan diatas, dapat disimpulkan bahawa melakukan badal haji itu diperbolehkan kerana sebab-sebab tertentu dan ia merupakan suruhan dari baginda Rasulullah SAW. Walaupun hadith ini ditujukan kepada anak sebagai wakil melaksanakan ibadah haji untuk ibu dan bapanya, namun tidak menjadi kesalahan apabila anak mewakilkan kepada orang lain melaksanakan haji untuk ibu dan bapanya atau sesiapa sahaja boleh mewakilkan haji untuk seseorang yang lain. Hal ini berdasarkan pandangan para ulama’.

Antara sebab-sebab yang dibolehkan untuk melakukan badal haji adalah seperti berikut :

  1. Orang yang wajib haji meninggal dunia sebelum berhaji.

Orang yang meninggal dunia, sedangkan dia belum menunaikan haji yang wajib ( apabila cukup syarat bagi hartanya ) atau pun haji nazar, maka wali atau warisnya wajib untuk melaksanakan haji untuknya dengan harta yang ditinggalkan oleh si mati. Hal ini kerana, haji yang belum dilaksanakan itu seumpama hutang yang perlu dilunasi oleh si mati.

  1. Orang yang tidak boleh melaksanakan haji kerana sakit.

Orang yang mampu melaksanakan haji, namun kemudian menjadi tidak mampu kerana sakit atau tua ( sakit dan tua yang mengakibatkan badan menjadi lemah ), maka dia wajib meminta orang lain untuk melakukan haji untuknya. Hal ini kerana dia tidak mampu dan tidak boleh mengharapkan dirinya untuk melaksanakan haji. 

Jumhur ulama’ membolehkan amalan badal haji ini. antaranya adalah seperti berikut :

Mazhab Hanafi

Ulama’ Mazhab Hanafi berpendapat bahawa orang yang tidak wajib menunaikan haji sendiri kerana sakit, dan dia mempunyai harta, dia mesti meminta seseorang menunaikan haji untuknya dan ia dikira sah melaksanakan haji. Hal ini bermaksud, dia boleh mewakilkan orang lain melaksanakan haji untuknya dalam keadaan dia tidak mampu sahaja.

Mazhab Syafie

Mazhab Syafie membolehkan badal haji dalam dua keadaan:

  1. Orang yang lemah. Iaitu orang yang tidak mampu melaksanakan haji sendiri lantaran terlalu tua, terlantar, sakit kronik sehingga tidak mampu duduk stabil dalam kenderaan. Orang seperti ini berhaji dengan mendapatkan orang yang boleh menggantikannya dengan dibayar upah yang mencukupi, dengan syarat upah tersebut lebih dari keperluannya.

  2. Orang yang meninggal namun belum pernah menunaikan ibadah haji. Jadi, ahli waris wajib mencarikan orang untuk menunaikan haji bagi pihak si mati dengan mengambil biaya dari harta pusakanya sebagaimana hutangnya perlu dilunaskan dari pusaka tersebut. Para ahli waris mesti mengeluarkan biaya dari harta si mati yang cukup untuk menunaikan badal haji untuknya. 

Semua badal / upah haji HaramainClix akan dilaksanakan oleh wakil syarikat kami yang berpengalaman dan merupakan pemastautin di Mekah dan Madinah. Wakil-wakil ini terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti tempatan, petugas-petugas haramian, pekerja-pekerja, warga Malaysia dan warga Nusantara yang menetap di Mekah dan Madinah serta umat Islam lain amnya.

Wakil-wakil ini akan melaksanakan badal / upah haji dalam musim haji dan setelah selesai semua urusan tersebut sijil perakuan pelaksaan badal / upah haji akan dikeluarkan sebagai pengesahan dan perakuan. Nama individu yang melaksanakan badal / upah haji tersebut akan ditulis pada sijil sebagai bukti pelaksaan tersebut. 

BADAL HAJI  |  UPAH HAJI

RM1,900

Cenderahati Eksklusif dari Mekah

* Cenderahati lain akan diberikan sekiranya kami berhalangan mendapatkan bekalan air zam-zam.

TEMPOH MASA PROSES BADAL / UPAH HAJI HARAMAINCLIX

PENDAFTARAN
Selepas bayaran disahkan
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN MAKLUMAT
1-3 hari selepas bayaran disahkan
PENGHANTARAN CENDERAHATI PENDAFTARAN DAN INVOICE / RESIT BAYARAN
1-7 hari selepas pengesahan pendaftaran
PELAKSANAAN UPAH HAJI
Musim Haji
PENGHANTARAN SIJIL PELAKSANAAN UPAH HAJI, SIJIL PENYERTAAN & CENDERAHATI DARI MEKAH
14-30 hari selepas selesai musim haji
  • Tempoh hari dalam jadual di atas berdasarkan hari berkerja tidak termasuk cuti mingguan dan cuti umum.
  • Cuti mingguan HaramainClix adalah Sabtu dan Ahad
  • Pendaftaran dibuka sepanjang tahun