Selamat Datang Ke HaramainClix

PAKEJ UMRAH 2019 / 2020 | 1441H


PENGENALAN

Umrah adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.

RUKUN-RUKUN UMRAH:

  1. Niat untuk mengerjakan umrah.
  2. Tawaf sebanyak 7 kali keliling di Ka’abah.
  3. Sa’ei dari Safa ke Marwah, 7 kali pergi dan balik.
  4. Bercukur atau menggunting rambut di kepala.

WAJIB UMRAH:

  1. Berniat ihram di Miqat. Miqat ihram ‘umrah ialah di Ji’ranah, Tana’im atau di mana-mana kawasan tanah halal.
  2. Tidak melanggar larangan-larangan waktu ihram.

SUNAT-SUNAT UMRAH:

  1. Mandi sunat ihram dan solat sunat.
  2. Solat sunat tawaf.
  3. Mungucup / istilam Hajar Aswad.

PAKEJ UMRAH TERBARU

 

( MASUK MEKAH DAHULU )

Hari Pertama :
7.00 pagi menaiki bas ke KLIA. 11.30 pagi berkumpul di Tingkat 5, Terminal KLIA. 11.45 pagi, chek in dan urusan daftar bagasi. 2.45 ptg berlepas dari KLIA ke Jeddah. 7.10 mlm tiba di Terminal Haji, Jeddah. Selepas selesai urusan dengan muassasah, jemaah menuju ke Makkah. Setibanya di Makkah, jemaah check in hotel dan melakukan ibadah umrah pertama yang dipimpin oleh mutawwif.
 
Hari Kedua :
Jemaah berehat dan melakukan aktiviti bebas.
 
Hari Ketiga :
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, jemaah dibawa oleh mutawwif untuk menziarahi bukit Tsur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, bukit Nur, dan bermiqat di Jaaranah bagi sesiapa yang ingin membuat umrah.
 
Hari Keempat :
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, jemaah dibawa melawat dan ziarah Taif
 
Hari Kelima :
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, jemaah dibawa oleh mutawwif untuk menziarahi ladang unta ( sekiranya mendapat kebenaran ), kemudian bermiqat di Masjid Hudaibiyah ( bagi sesiapa yang ingin membuat umrah ), dan berakhir dengan lawatan ke Muzium Haramain ( sekiranya mendapat kebenaran ).
 
Hari Keenam :
Jam 10.00 malam, jemaah diberikan pengisian rohani bersama dengan taklimat wada’, bertempat di dewan makan hotel.
 
Hari Ketujuh :
Jam 2.00 petang, selepas selesai solat zohor dan makan tengahari, jemaah check out hotel, menaiki kenderaan menuju ke Madinah Al-Munawwarah. Setibanya di Madinah, jemaah check in hotel.
 
Hari Kelapan :
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, jemaah dibawa oleh mutawwif untuk menziarahi sekitar Masjid Nabawi. Pada waktu malam selepas isyak, jemaah dibawa melawat Raudhah di Masjid Nabawi. Jemaah perempuan akan berkumpul awal di lobi hotel selepas maghrib dan dibawa oleh mutawwifah perempuan, manakala jemaah lelaki akan dibawa oleh mutawwif lelaki.
 
Hari Kesembilan :
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, jemaah dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk menziarahi Masjid Quba’, bukit Uhud, Maqam Syuhada’ Uhud, ladang kurma, Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh.
 
Hari Kesepuluh :
Jemaah berehat dan melakukan aktiviti bebas.
 
Hari Kesebelas :
Jam 9.30 pagi chek out hotel dan terus menuju ke Lapangan Terbang Jeddah. 4.30 petang chek in dan daftar bagasi. 8.40 malam berlepas ke KLIA melalui Terminal Haji, Jeddah.
 
Hari Kedua belas :
Jemaah tiba di Malaysia.

HOTEL SAFWA TOWERS

BILIK HOTEL SAFWA TOWERS

DEWAN MAKAN HOTEL SAFWA TOWERS

KURSUS UMRAH

JADIKAN HIJRAH ANDA SATU PELAKSANAAN YANG BERMAKNA

Kami sangat menitikberatkan kualiti perkhidmatan & cara layanan seperti di dalam sebuah keluarga. Harapan besar kami, anda menjadi manusia yang lebih baik sepulangnya dari ibadah umrah bersama kami.

Hotel Safwa Tower hanya 50m dari Masjidil Haram. Pekerja mereka sangat mesra kepada jemaah Malaysia. Hotel yang disediakan sangat selesa & lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kedai makan yang mempunyai pelbagai citarasa, kawasan membeli belah & kedai dobi.

Semua urusanakan dilaksanakan oleh wakil syarikat kami yang berpengalaman dan merupakan pemastautin di Mekah dan Madinah. Wakil-wakil ini terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti tempatan, petugas-petugas Haramainclix, pekerja-pekerja, warga Malaysia dan warga Nusantara yang menetap di Mekah dan Madinah serta umat Islam lain amnya.

Segala sijil perakuan pelaksaan umrah akan dikeluarkan sebagai pengesahan dan perakuan. Nama individu yang melaksanakan umrah tersebut akan ditulis pada sijil sebagai bukti pelaksanaan tersebut. 

Antara Luahan Kasih Pelaksana Umrah