"> ');

TAJAAN BERBUKA PUASA RAMADHAN

Iftar berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud makan petang apabila masuk maghrib. Hal ini juga dapat dirujuk kepada berbuka puasa pada Bulan Ramadhan atau juga puasa-puasa sunat yang lain. Menyediakan atau memberi makanan untuk iftar puasa merupakan salah satu jalan atau cara dalam bersedekah. Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharpkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah yang dimaksudkan di sini adalah lebih menjurus kepada barang seperti makanan, pakaian dan harta yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.
Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah dengan menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang suka bersedekah. Rasulullah SAW juga amat menganjurkan amalan bersedekah dan baginda sendiri menunjukkan contoh amalan bersedekah kepada para sahabat. Dalam al-Quran, terdapat banyak dalil berkaitan perbuatan sedekah. Antaranya adalah dalam surah al-Baqarah ayat 195 :
وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١٩٥
Maksudnya : Dan belanjakanlah ( harta bendamu ) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Amalan sedekah mempunyai banyak kelebihan-kelebihan yang telah dijanjikan Allah kepada hambanya. Antara kelebihan bersedekah adalah:

i. Sedekah akan menambah ( keberkatan ) harta.
Melalui amalan bersedekah, Allah SWT akan membuka rezeki dari harta yang disedekahkan. Hal ini seperti yang dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya :

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ

Maksudnya : Sedekah tidaklah mengurangi harta.

Imam Al-Nawawi Rahimahullah menjelaskan hadith ini seperti berikut:

a. Harta tersebut akan diberkati dan akan dihilangkan pelbagai kesan bahaya padanya. Kekurangan harta tersebut akan ditutupi dengan keberkatannya.

b. Walaupun secara harta tersebut berkurangan, namun kekurangan tadi akan ditutup dengan pahala di sisi Allah dan akan terus ditambah dengan gandaan yang amat banyak.

ii. Dapat menyelamatkan seseorang dari panas hari akhirat.

Amalan bersedekah dapat menyelamatkan atau dapat menaungi seseorang daripada panas di akhirat. Hal ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir RA, Rasulullah SAW bersabda :

كُلُّ امْرِئٍ فِى ظِلِّ صَدَقَتِهِ حَتَّى يُفْصَلَ بَيْنَ النَّاسِ.

Maksudnya : Setiap orang akan berada di naungan amalan sedekahnya hingga ia mendapatkan keputusan di tengah-tengah manusia.

iii. Sebagai penghapus dosa.

Amalan sedekah juga merupakan satu amalan yang dapat menghapuskan dosa bagi seseorang. Hal ini adalah berpandukan kepada hadith Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Imam Ibn Majah di dalam sunan mereka :

وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّار.
Maksudnya : Sedekah itu akan memadamkan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api.

iv. Dapat memadamkan murka Allah dan pengakhiran hidup yang buruk.

إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ وَتَدْفَعُ مِيْتَةَ السُّوءِ.

Maksudnya: Sedekah itu dapat memadamkan murka Allah dan mencegah dari keadaan kematian yang buruk.

v. Penyembuh bagi penyakit.
Antara kelebihan bersedekah adalah menjadi ubat bagi penyakit. Hal ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Hadithnya adalah seperti berikut :

دَاوُوا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ.

Maksudnya : Ubatilah orang yang sakit diantara kamu dengan sedekah.

vi. Akan dilipat gandakan pahala.

Pahala bagi orang yang bersedekah akan dilipat gandakan. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Hadid ayat 18 :

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِينَ وَٱلۡمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقۡرَضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا يُضَٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرٞ كَرِيمٞ ١٨

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik ( ikhlas ), akan digandakan balasannya ( dengan berganda-ganda banyaknya ), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

Menyumbang atau memberi makan kepada orang yang berpuasa merupakan salah satu cara bersedekah yang mana kelebihannya telah dibahaskan sebelum ini. Allah SWT banyak memberi nikmat kepada hambanya, dan antara nikmat Allah SWT atas hamba-hambanya ialah Allah mensyariatkan untuk tolong menolong di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan termasuk tolong-menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan ini adalah memberi makanan bagi orang yang sedang berpuasa, kerana orang yang berpuasa diperintahkan untuk berbuka dan menyegerakannya. Apabila seseorang membantu dalam hal ini, maka ini termasuk nikmat dari Allah SWT.

Memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa merupakan satu amalan yang dijanjikan oleh Allah SWT ganjaran yang besar. Hal ini telah dinyatakan melalui hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Hadithnya berbunyi :

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا.

Maksudnya : Barangsiapa yang memberi ( makan ) kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala seumpama orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut walaupun sedikit.
Para ulama’ berselisih pandangan mengenai maksud “ barangsiapa yang memberi ( makan ) kepada orang yang berpuasa untuk berbuka ”. Sebahagian ulama’ berpandangan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat itu adalah memberikan hal makanan walaupun sedikit dengan kadar membolehkan seseorang itu membatalkan puasanya, walaupun hanya sebiji kurma.

Namun sebahagian ulama’ yang lain menyatakan bahawa, yang diinginkan oleh hadith ini adalah memberi makanan berbuka puasa yang mengenyangkan, kerana inilah perkara yang memberi manfaat bagi orang yang berpuasa sepanjang malam. Dan padangan inilah yang sesuai diamalkan oleh umat Islam.

Selain itu, diantara keutamaan lain bagi orang yang memberi makan kepada orang untuk berbuka puasa adalah akan meraih doa dari orang yang menyantap makanan tersebut. Jika orang yang menyantap makanan itu mendoakan kepada si pemberi makanan, maka doa itu termasuk kepada doa yang dimakbulkan. Hal ini kerana doa orang yang berbuka puasa adalah doa yang makbul. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW :

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ العَادِلُ وَالصَّئِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ المَظْلُوم.

Maksudnya : Ada tiga golongan yang doanya tidak ditolahk : pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dizalimi.

Apatah lagi jika orang yang memakan makan tadi mendokan sebagaimana doa yang Nabi Muhammad SAW amalkan, maka rezekinya akan semakin berkat. Doa yang baginda Rasulullah SAW amalkan adalah :

اللّٰهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقِانِى.

Maksudnya : Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minum kepadaku.

Selain itu, perbuatan memberi makan untuk orang berbuka puasa yang dilakukan bersama amalan puasa, maka ia merupakan antara jalan menuju ke syurga. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali yang berbunyi :

(( إِنَّ فِى الجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا)). فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللّٰهِ قَالَ (( لِمَنْ أَطَابَ الكَلَامَ وَأطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلّٰهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسِ نِيَامٌ)).

Maksudnya : “ Sesungguhnya di syurga terdapat bilik-bilik yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalam terlihat dari bahagian luar ”. Lantas seorang Arab berdiri sambil berkata, “ bagi siapakah bilik-bilik itu wahai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “ Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia sedang tidur ”.


HARGA PAKEJ TAJAAN BERBUKA PUASA RAMADHAN HARAMAINCLIX (3 MASJID UTAMA)

NO.
TEMPAT
PAKEJ A (160 ORANG)
PAKEJ B (80 ORANG)
PAKEJ C (40 ORANG)
1
Masjidil Haram, Mekah
RM 1,200
RM 600
RM 300
2
Masjid Nabawi, Madinah
RM 1,200
RM 600
RM 300
3
Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
RM 1,300
RM 700
RM 400


HARGA PAKEJ TAJAAN BERBUKA PUASA RAMADHAN HARAMAINCLIX (NEGARA NUSANTARA)

NO.
TEMPAT
PAKEJ A (200 ORANG)
PAKEJ B (90 ORANG)
PAKEJ C (40 ORANG)
1
Kemboja
RM 1,500
RM 600
RM 300
2
Myanmar (Rohingya)
RM 1,500
RM 600
RM 300
3
Indonesia
RM 1,500
RM 600
RM 300


TEMPOH MASA PROSES TAJAAN BERBUKA PUASA RAMADHAN HARAMAINCLIX (MEKAH DAN MADINAH)

PENDAFTARAN
Selepas bayaran disahkan
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN MAKLUMAT
1-3 hari selepas bayaran disahkan
PENGHANTARAN SIJIL PENYERTAAN HARAMAINCLIX
1-7 hari selepas pengesahan pendaftaran
PELAKSANAAN TAJAAN IFTAR RAMADHAN
Sepanjang bulan Ramadhan
PENGHANTARAN SIJIL PELAKSANAAN TAJAAN IFTAR RAMADHAN
14-30 hari selepas selesai pelaksanaan tajaan iftar Ramadhan


TEMPOH MASA PROSES TAJAAN BERBUKA PUASA RAMADHAN HARAMAINCLIX
NEGARA NUSANTARA (TERPILIH)

PENDAFTARAN
Selepas bayaran disahkan
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN MAKLUMAT
1-3 hari selepas bayaran disahkan
PENGHANTARAN SIJIL PENYERTAAN HARAMAINCLIX
1-7 hari selepas pengesahan pendaftaran
PELAKSANAAN TAJAAN IFTAR RAMADHAN
Sepanjang bulan Ramadhan
PENGHANTARAN SIJIL PELAKSANAAN TAJAAN IFTAR RAMADHAN
14-30 hari selepas selesai pelaksanaan tajaan iftar Ramadhan
  • Tempoh hari dalam jadual di atas berdasarkan hari berkerja tidak termasuk cuti mingguan dan cuti umum.
  • Cuti mingguan HaramainClix adalah Sabtu dan Ahad
  • Pendaftaran dibuka sepanjang tahun