IBADAH QURBAN

Ibadah Qurban merupakan ibadah yang lazim kita dengar dan tidak asing lagi bagi umat Islam. Qurban atau dalam Bahasa Arab adalah Udhiyyah iaitu berasal dari kata Dhuha yang bermaksud matahari yang meninggi kerana haiwan qurban disembelih pada waktu tersebut. Pengertian qurban dari sudut syara’ pula adalah menyembelih haiwan ternakan / al-An’am ( unta, lembu, kerbau, kambing, kibash ) untuk pengabdian / mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam tempoh waktu tertentu.

Dalil berkaitan dengan ibadah qurban adalah tsabit dengan Al-Quran, Hadith dari Rasulullah SAW. dan ijma’ para ulama’. Dalil dari Al-Quran adalah surah Al-Kautsar ayat 1-3 yang bermaksud :

“ Sungguh Kami telah memberimu ( Muhammad ) nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kerana tuhamu, dan berqurbanlah ( sebagai Ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah ). Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus ( dari rahmat Allah ).”

Selain itu, Surah Al-Hajj ayat 36 yang bermaksud :

“ Dan unta-unta itu Kami jadikan untukmu bahagian dari syiar agama Allah, kamu banyak memperoleh kebaikan padanya.”

Dalil daripada Hadith Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA yang bermaksud :

“ Seseorang manusia tidak mengerjakan suatu amal pada hari Nahr yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah. Sesungguhnya binatang qurban itu benar-benar akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya, darahnya akan jatuh ia daripada Allah pada suatu tempat kemuliaan sebelum ia jatuh ke bumi. Maka sukakanlah diri kamu dengan qurban itu.”

Selain itu, terdapat juga hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Nabi SAW pernah berqurban dua ekor kibasy yang putih, yang bertanduk dan beliau menyebut nama Allah, mengagungkan Allah ( bertakbir ) dan letakkan kakinya pada bahagian belikatnya.”

Ulama’ juga telah bersepakat secara ijma’ : bahawa Nabi Muhammad SAW berqurban. Kaum muslimin juga berqurban dan menyepakati pensyariatannya.

Hukum berqurban ke atas umat Islam adalah Sunnat Muakkad bagi orang yang :

  1. Merdeka atau hamba muba’ad ( hamba yang telah dimerdekakan sebahagiannya ).
  2. Mukallaf
  3. Berakal
  4. Mampu melaksanakan.

* Harus bagi wali / penjaga seperti bapa, datuk dan sebagainya melakukan qurban untuk orang di bawah tanggungannya dengan menggunakan harta wali / penjaga tersebut.

Hukum berqurban menjadi wajib apabila bernazar untuk melakukan korban tersebut. Hal ini kerana, terdapat hadith dari Rasulullah SAW berkaitan dengan nazar iaitu:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيْعَ اللّٰهَ فَلْيُطِعْه.

Maksudnya : Barang siapa bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatiNya.

* Perlu diperhatikan dalam masalah qurban ini, makruh hukumnya jika seseorang itu meninggalkan qurban dalam keadaan ia mampu untuk melakukan. Oleh itu, melakukan qurban lebih afdhal daripada melakukan sedekah sunat. 

Tidak semua haiwan yang diternak boleh dibuat sebagai haiwan qurban. Haiwan yang boleh dibuat qurban hanyalah haiwan yang tergolong di dalam al-An’am iaitu terdiri daripada :

  1. Unta
  2. Lembu ( termasuk Kerbau )
  3. Kambing ( termasuk Biri-Biri dan Kibasy ).

* Diperbolehkan untuk dibuat qurban haiwan hasil kacukan haiwan-haiwan tersebut ( dalam senarai al-An’am ) yang mana ia diternak. Seperti hasil kacukan kambing dengan biri-biri atau hasil kacukan lembu dengan lembu hutan ( seladang ) atau sebagainya. Manakala umurnya adalah dikira umur yang paling tua antara ibu dan bapa haiwan tersebut. Seperti umur minimum bagi kambing adalah 2 tahun, manakala biri-biri adalah 1 tahun, maka umur minimum bagi kacukan biri-biri dan kambing adalah 2 tahun.

Harus hukumnya berkongsi untuk seekor unta, lembu atau kerbau bagi tujuh orang / bahagian, sama ada kesemua berniat qurban atau tidak. Hal ini bermaksud, sah hukumnya beberapa orang berniat untuk qurban, beberapa orang berniat untuk aqiqah dan beberapa orang berniat untuk sembelihan biasa bagi seekor unta, lembu atau kerbau.

Namun, untuk kambing, biri-biri atau kibasy, ulama’ sepakat mengatakan seekor kambing, biri-biri atau kibasy hanya untuk seorang, tidak boleh untuk dua atau lebih. Begitu juga, tidak boleh sekiranya dua orang melakukan qurban dua ekor kambing dan mereka berdua berkongsi pada setiap ekor. Hal ini kerana mereka berdua tidak menyembelih seekor kambing bagi setiap seorang.

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi haiwan qurban adalah :

i. Cukup Umur
Umur minimum bagi unta adalah 5 tahun, manakala untuk lembu, kerbau, kambing dan kibasy adalah 2 tahun, seterusnya biri-biri 1 tahun. Namun, jika biri-biri itu sudah gugur giginya sebelum cukup setahun, maka ia diharuskan.

ii. Tiada Kecacatan yang Mengurangkan Daging
Haiwan qurban itu hendaklah tidak mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan daging. Tidak boleh jika haiwan qurban itu berkudal ( penyakit kulit yang boleh mencacatkan nilai harga ) walaupun kudalnya sedikit dan ada harapan untuk hilang. Hal ini kerana kudal itu akan membinasakan daging dan mengurangkan nilai.

iii. Jangan Terlalu Tempang
Disyaratkan haiwan tersebut tidak terlalu tempang jika dibandingkan dengan yang lain, iaitu kadarnya haiwan yang tempang itu jauh tertinggal dengan haiwan lain tatkala pergi ke padang ragut untuk makan.

iv. Tidak Gila, Buta atau Terlalu Kurus
Tidak gila iaitu tidak tahu mencari tempat makanan. Oleh itu, makanannya kurang menyebabkan ia menjadi kurus.

Tidak buta sebelah mata atau kedua-duanya belah matanya atau disebabkan putik ( sejenis penyakit mata ) yang menutup kebanyakan matanya atau keseluruhan matanya.

Tidak terlalu kurus, dengan sekadar hilang sumsumnya.

v. Tidak Berpenyakit Sehingga Menyebabkan ia Kurus, Tiada Telinga atau Terpotong Salah Satu Daripada Anggota Lainnya.

Disyaratkan juga haiwan tersebut tidak sakit sehingga menyebabkan ia kurus dan tidak terpotong telinganya walaupun sedikit. Hal ini kerana hilang sebahagian anggota korban yang dimakan. Akan tetapi, jika telinganya terbelah atau bertindik dan tidak hilang sebahagian anggota yang dimakan, maka ia dibolehkan.

vi. Tidak Terpotong Lidah, Buah Dada, Alyah atau Ekor
Disyaratkan juga tidak terpotong mana-mana bahagian pada lidah, buah dada, alyah ( kantung atau pundi longgokan pada lemak ekor ) atau ekornya walaupun sedikit.

vii. Haiwan Tersebut Tertanggal Semua Giginya
Jika tertanggal sebahagian atau separuh giginya dan tidak menyusahkannya ketika ia makan dan tidak mengurangkan dagingnya maka ia dibolehkan.

viii. Haiwan yang Hilang Sebahagian Besar daripada Pahanya
Disyaratkan juga tidak hilang sebahagian besar daripada pahanya tetapi jika sedikit, maka ia dibolehkan.

Disyaratkan untuk berniat qurban kerana ia merupakan ibadah, hal ini kerana setiap ibadah memerlukan niat, jika tidak berniat maka hukumnya tidak sah. Waktu berniat untuk qurban adalah ketika menyembelih haiwan qurban tersebut, namun harus mendahulukan sebelum waktu menyembelih, iaitu dengan menyertakan niat iqrar ta’yin walaupun tidak berniat ketika menyembelih binatang qurban sudah memadai.

Harus bagi seseorang mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih qurban dan memadai niat bagi orang yang mewakilkan. Mewakilkan qurban memerlukan syarat pada wakil tersebut iaitu hendaklah Islam dan sekurang-kurangnya mumayyiz. Seterusnya tidak boleh mewakilkan kepada orang kafir, gila atau mabuk. Hal ini kerana, mereka tidak berkeahlian untuk mengurus.

Menurut pandangan Syeikh Muhammad ibn Sulaiman, harus mewakilkan untuk :

i. Pembelian haiwan untuk qurban di negara lain.
ii. Penyembelihan haiwan itu.
iii. Pengagihan dagingnya kepada orang miskin negara itu.

* Pada zahirnya, keharusan itu sama sahaja sama ada di Mekah atau negara lain.

 

HARGA BINATANG QURBAN DI MEKAH & MADINAH

JENIS BINATANG
BAHAGIAN
HARGA
Kambing
Seekor
 RM 550
 Biri-biri
 Seekor
 RM 550

 

HARGA BINATANG QURBAN DI NEGARA NUSANTARA ( TERPILIH )

JENIS BINATANG
BAHAGIAN
HARGA
Kambing
Seekor
RM 550
Biri-biri
Seekor
RM 550
Lembu
Seekor
RM 3150
Kerbau
Seekor
RM 3360
Lembu
1/7
RM 450
Kerbau
1/7
RM 480

Cenderahati HaramainClix


TEMPOH MASA PROSES IBADAH QURBAN HARAMAINCLIX 
( MEKAH & MADINAH )

PENDAFTARAN
Selepas bayaran disahkan
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN MAKLUMAT
1-3 hari selepas bayaran disahkan
PENGHANTARAN CENDERAHATI PENDAFTARAN DAN INVOICE / RESIT BAYARAN
1-7 hari selepas pengesahan pendaftaran
PELAKSANAAN IBADAH QURBAN
Hari Raya Qurban dan sehingga berakhir Hari Tasyriq
PENGHANTARAN SIJIL PENYERTAAN IBADAH QURBAN
14-30 hari selepas selesai pelaksanaan ibadah qurban

TEMPOH MASA PROSES IBADAH QURBAN HARAMAINCLIX 
NEGARA NUSANTARA ( TERPILIH )

PENDAFTARAN
Selepas bayaran disahkan
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN MAKLUMAT
1-3 hari selepas bayaran disahkan
PENGHANTARAN CENDERAHATI PENDAFTARAN DAN INVOICE / RESIT BAYARAN
1-7 hari selepas pengesahan pendaftaran
PELAKSANAAN IBADAH QURBAN
Hari Raya Qurban dan sehingga berakhir Hari Tasyriq
PENGHANTARAN SIJIL PENYERTAAN IBADAH QURBAN
14-30 hari selepas selesai pelaksanaan ibadah qurban