KURMA AJWA / KURMA NABI

Sebelum membincangkan lebih mendalam mengenai kurma ajwa, kita mengenali terlebih dahulu mengenai buah kurma ini. Kurma adalah jenis buah-buahan yang tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia yang mana ia telah menjadi kebiasaan penduduk Malaysia memakannya lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Kurma adalah tanaman sejenis palma ( palem ) yang berasal dari jazirah Arab dan Afrika utara. Tanaman ini adalah sejenis tanaman yang tumbuh di gurun, yang mana kawasan itu rendah kelembapannya dan udaranya kering. Buah kurma baik untuk kesihatan dan saintis menjelaskan bahawa kurma mengandungi protein, serat gula, vitamin A dan C, zat besi, kalsium, sodium dan potassium

Dalil di dalam al-Quran adalah ketika Siti Maryam mengandungkan anaknya iaitu Nabi Isa AS, Allah menyuruh untuk menggegarkan pokok kurma dan memakan buah kurma tersebut seperti dalam surah Maryam ayat 25-26.

وَهُزِّيٓ إِلَيۡكِ بِجِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ تُسَٰقِطۡ عَلَيۡكِ رُطَبٗا جَنِيّٗا ٢٥ فَكُلِي وَٱشۡرَبِي وَقَرِّي عَيۡنٗاۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ ٱلۡبَشَرِ أَحَدٗا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَٰنِ صَوۡمٗا فَلَنۡ أُكَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيّٗا ٢٦

25. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak.

26. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.

Selain itu terdapat hadith yang dipetik dari Kitab Sunan Tirmidzi, hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وّسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ اَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ، فَإنْ لَمْ تَكُنْ تَمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ.

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat dengan beberapa ruthab, jika tiada ruthab maka baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma), jika tiada tamar (kurma) maka baginda berbuka dengan beberapa teguk air sejuk.

Kurma Ajwa atau dikenali sebagai kurma Nabi merupakan kurma yang terbaik dan ia merupakan kurma yang dimakan oleh baginda. Kurma ini dinamakan ajwa kerana berdasarkan asbab al-wurud hadith ( sebab turunnya hadit ) menyatakan, dahulu pada waktu itu, seorang muallaf bernama Salman al-Farisi yang mempunyai seorang anak bernama Ajwa. Salman al-Farisi pada asalnya adalah beragama Nasrani kemudian menganut agama Isalm telah mewaqafkan kebun kurmanya untuk perjuangan Islam. Bagi mengenang jasanya, akhirnya Rasulullah SAW menamakan kurma yang diamakan pada waktu berbuka puasa itu dengan ajwa. Selain itu, terdapat sumber lain yang menyatakan bahawa kurma ajwa ini ditanam langsung oleh Nabi SAW sehingga sering disebut sebagai kurma Nabi.

Terdapat hadith dari Baginda Rasulullah SAW tentang kurma ajwa ini, antaranya hadith yang terdapat dalam Sahih Muslim yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RHA, hadithnya adalah seperti berikut:

إِنَّ فِي عَجْوَةِ العَالَيَةِ شِفَاءً، اَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ، أَوَّلَ البُكْرَّةِ.

Maksudnya: Sesungguhnya pada kurma ‘Ajwah al-Aliyah (di dataran tinggi di kota Madinah berhampiran Najd) itu mengandungi penawar atau suatu penawar yang besifat anti racun apabila dimakan pada awal pagi.

Selain itu, terdapat hadith dari kitab Sunan Abi Daud, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَصَبَّحَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّةُ ذَلِكَ اليَوْمَ سَمٌّ وَلَا سِحْرٌ.

Maksudnya: Sesiapa yang makan tujuh biji kurma ‘ajwah setiap pagi, maka pada hari tersebut dia tidak akan dibahayakan dengan racun dan tidak juga sihir.

Seterusnya, terdapat juga hadith dari kitab Sunan Tirmidzi, hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :

العَجْوَةُ مِنَ الجَنَّةِ، وَهِيَ شِفَاءٌ مِنَ السُمِّ.

Maksudnya: Al-‘Ajwah ( sejenis kurma dari bumi Madinah ) itu berasal dari Syurga, ia adalah syifaa’ ( penawar ) dari racun.

Selain kelebihan kurma ajwa yang telah dinyatakan dari hadith-hadith tersebut, terdapat juga kelebihan-kelebihan yang lain, antaranya:

  1. Memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
  2. Membantu mengatasi masalah pencernaan.
  3. Mencegah penyakit jantung dan kencing manis.
  4. Bermanfaat bagi ibu yang menyusukan bayi.
  5. Bermanfaat untuk kanak-kanak.
  6. Mencegah bakteria dalam usus.
  7. Mencegah oesteoporosis dan menguatkan tulang.
  8. Boleh menurunkan berat badan.
  9. Meningkat tenaga untuk tubuh badan.
  10. Membantu untuk mengatasi penyakit leukemia dan gastrik.

1. Al- Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari menyatakan:

“ Barakah pokok kurma ada semua bahagiannya, berterusan dalam setiap keadaannya. Dari mula ia tumbuh sampai keringnya, dimakan semua jenis buahnya. Kemudian, setelah itu sebahagian pokoknya dapat diambil manfaatnya, sampai bijinya pun dapat digunakan sebagai makanan ternakan. Demikian pula sabutnya, dapat dijadikan sebagai tali, serta yang lainnya pun demikian. Perkara ini jelas. Demikian juga barakah seorang muslim, meliputi seluruh keadaanya. Manfaatnya berterusan untuknya dan untuk orang lain sampai setelah ia mati”.

2. Imam an-Nawawi dalam syarah Sahih Muslim menyatakan:
Beliau mensyarah hadith Rasulullah yang bermaksud: “ Tidak akan kelaparan penghuni rumah yang di dalamnya memiliki al-Tamr ( kurma )”.

Imam Nawawi menyatakan : “ Pada hadith ini terdapat akan keutamaan kurma dan dibolehkan untuk menyimpannya untuk ahli keluarga serta anjuran untuk menyimpannya”.

STOK KURMA AJWA A’LIAH TELAH TIBA DARI MADINAH

BERAT HARGA
500 gram RM 85.00
1 kg RM 160.00
2 kg RM 230.00
3 kg RM 480.00