"> ');

BAYARAN KAFFARAH

Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapuskan dosa yang berupa membebaskan hamba, berpuasa dan bersedekah dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya. Selain itu kaffarah bererti tertutup kerana ia boleh menutup dosa yang dilakukan. Kaffarah di sini adalah suatu denda kepada lelaki untuk menebus dosa yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana melakukan pelanggaran iaitu melakukan persetubuhan pada siang bulan Ramadhan.

Menurut Imam al-Syeikh al-Alim Salim ibn Sumair al-Hadrami dalam kitab Safinah al-Najah dalam matannya yang berbunyi:

فَصْلٌ) وَيَجِبُ مَعَ القَضَاءِ لِلصَّوْمِ الكَفَّارَةُ العُظْمَى وَالتَّعْزِيْرُ عَلَى مَنْ أَفْسَدَ صَوْمَهُ فِيْ رَمَضَانَ يَوْمًا كَامِلًا بِجِمَاعٍ تَامٍّ آثِمٍ بِهِ لِلصَّوْمِ)

Maksudnya: Diwajibkan mengqadha puasa, membayar kaffarah besar, dan ta’zir ke atas orang yang membatalkan puasanya pada bulan Ramadhan satu hari penuh dengan sebab berjimak, yang sempurna, lagi berdosa bagi orang yang berpuasa.

 

Daripada matan yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan empat hukuman berjimak pada siang Ramadhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki yang berpuasa iaitu:

  1. Batal puasanya.
  2. Dia berdosa.
  3. Dia wajib mengqadha’kan puasa tersebut.
  4. Wajib dikenakan kaffarah.

 

*Permasalahan: hukum bagi orang yang sengaja membatalkan puasa Ramadhan sebelum melakukan persetubuhan di siang hari, maka menurut Jumhur Ulama’ menyatakan bahawa, ia tetap dikenakan kaffarah.

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى اَلنَّبِيِّ فَقَالَ: هَلَكْتُ يَا رَسُولَ اَللَّهِ. قَالَ، ” وَمَا أَهْلَكَكَ؟ ” قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى اِمْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ، فَقَالَ، ” هَلْ تَجِدُ مَا تَعْتِقُ رَقَبَةً؟ ” قَالَ: لَا. قَالَ، ” فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ؟ ” قَالَ: لَا. قَالَ، ” فَهَلْ تَجِدُ مَا تُطْعِمُ سِتِّينَ مِسْكِينًا؟ ” قَالَ: لَا، ثُمَّ جَلَسَ، فَأُتِي اَلنَّبِيُّ بِعَرَقٍ فِيهِ تَمْرٌ. فَقَالَ، ” تَصَدَّقْ بِهَذَا ” فَقَالَ: أَعَلَى أَفْقَرَ مِنَّا؟ فَمَا بَيْنَ لَابَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَحْوَجُ إِلَيْهِ مِنَّا، فَضَحِكَ اَلنَّبِيُّ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ، ثُمَّ قَالَ، “اذْهَبْ فَأَطْعِمْهُ أَهْلَكَ ” رَوَاهُ اَلسَّبْعَةُ، وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ

Maksudnya: Dari Abi Hurairah ra, bahwa seseorang mendatangi Rasulullah SAW dan berkata, ”Celaka aku ya Rasulullah”. “Apa yang membuatmu celaka?“ “Aku telah bersetubuh dengan isteriku di bulan Ramadhan.” Nabi bertanya, ”Apakah kamu punya wang untuk membebaskan hamba?“ “Aku tidak punya.” “Apakah kamu sanggup puasa 2 bulan berturut-turut?” ”Tidak.” “Apakah kamu boleh memberi makan 60 orang fakir miskin?“ ”Tidak.” Kemudian duduk. Lalu dibawakan kepada Nabi sekeranjang kurma maka Nabi berkata, ”Ambilah kurma ini untuk kamu sedekahkan.” Orang itu menjawab lagi, ”Adakah orang yang lebih miskin dariku? Tidak lagi orang yang lebih memerlukan di barat atau timur kecuali aku.” Maka Nabi SAW tertawa hingga terlihat giginya lalu bersabda, ”Bawalah kurma ini dan beri makan keluargamu.” (HR Bukhari: 1936, Muslim: 1111, Abu Daud 2390, Tirmizy 724, An-Nasai 3115 dan Ibnu Majah 1671)

 

Daripada hadith yang dinyatakan di atas, dapatlah ditentukan bahawa kaffarah bagi melakukan jimak pada siang hari di bulan Ramadhan adalah susunan seperti berikut:

  1. Membebaskan hamba perempuan yang beriman, jika tidak mampu atau tiada;
  2. Berpuasa 60 hari (iaitu berturut-turut). Jika tidak mampu;
  3. Memberi makan 60 orang fakir miskin iaitu 1 mud/cupak seorang.

 

Menurut kitab Nail ar-Raja’ dan Kasyifah as-Saja, menyatakan bahawa kaffarah dikenakan kepada orang yang memenuhi 11 syarat:

  1. Lelaki. Perempuan tidak dikenakan kaffarah.
  2. Melakukan jimak dengan sengaja. Tidak dikenakan kaffarah jika lupa atau dipaksa.
  3. Amalan yang tidak sah adalah puasa.
  4. Jimak berlaku pada siang bulan Ramadhan. Jika melakukan jimak pada siang bulan selain Ramadhan, tidak dikenakan kaffarah.
  5. Yakin ia berlaku pada bulan Ramadhan. Orang dipenjara yang tidak yakin dengan datangnya bulan Ramadhan, hanya dengan ijtihad, jika berlaku jimak pada siang bulan Ramadhan, tidak dikenakan kaffarah.
  6. Kaffarah hanyalah disebabkan jimak.
  7. Orang bermukim. Tidak dikenakan kaffarah kepada orang yang berjimak ketika musafir jika dengan niat mengambil rukhsah (keringanan) atau orang yang menyangka sudah malam walaupun sebenarnya siang.
  8. Dosa itu kerana jimak ketika berpuasa.
  9. Dosa tersebut hanya kerana puasa. Orang musafir yang berzina dan tidak ada niat mengambil keringanan, tidak dikenakan kaffarah.
  10. Jimak itu membatalkan puasanya sendiri.
  11. Jimak membatalkan puasa sehari penuh. Tidak ada kaffarah kepada orang yang hilang akal atau meninggal dunia setelah jimak sebelum maghrib.

Taksiran Kaffarah puasa sekiranya tidak mampu membebaskan hamba dan berpuasa 60 hari, adalah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Pengiraan adalah seperti berikut:

  1. 1 cupak beras (untuk seorang) = ¼ gantang Baghdad.
  2. 1 cupak =  675 gram

60 orang x 675 gram =  40.5 kg.

Jadi denda kaffarah puasa adalah 40.5 kg beras atau nilaian semasa bagi beras tersebut.

KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN KAFFARAH PUASA HARAMAINCLIX

JENIS KAFFARAH
KAPASITI
JUMLAH HARGA
Kaffarah Puasa
RM 10* X 60 Orang Fakir Miskin
RM 600.00
Kaffarah Nazar
RM 19* X 10 Orang Fakir Miskin
RM 190.00

* kos memberi makan sehingga kenyang mengikut uruf semasa bersama kos pengurusan dan upah