Selamat Datang Ke HaramainClix

Haramainclix telah diasaskan oleh Y.Bhg A.F Ustaz Hazlan bin Asrijal, Pengurus Besar Haramainclix Services. Secara tidak rasminya beliau telah terlibat mengendalikan urusan badal / upah haji dan umrah sejak awal tahun 2009 lagi. Dalam tempoh itu beliau telah berjaya menyempurnakan lebih daripada 800 penyertaan badal / upah haji dan umrah. Justeru itu beliau telah dikenali ramai sebagai seorang pengendali badal / upah haji dan umrah dengan pendaftarannya datang dari serata tanah air.

Menyedari hakikat perkembangan dunia teknologi pada masa kini, A.F Ustaz Hazlan bersama team Haramainclix telah memikirkan kaedah pelaksanaan badal / upah haji dan umrah yang lebih sistematik, mudah dan boleh dipercayai. Kami mula mengorak langkah membangungkan sebuah laman sesawang bagi kemudahan urusan pendaftaran badal / upah haji dan umrah. Kerja-kerja membangunkan laman sesawang ini bermula pada 21 April 2016. Setelah 6 bulan masa berlalu, laman sesawang ini telah sedia untuk digunakan sepenuhnya termasuk perkhidmatan bayaran secara online.

Selama 3 bulan masa lagi diambil untuk menguji kemampuan sistem di dalam laman sesawang ini terutama yang melibatkan semua urusan bayaran secara dalam talian. Sepanjang tempoh itu juga kami mengenalpasti semua kelemahan yang berbangkit bagi tujuan meningkatkan lagi mutu penyampaian sistem ini. Dengan izin Allah SWT sistem di dalam laman sesawang ini telah siap sepenuhnya pada 15 Disember 2017 dan sedia untuk digunakan.

Matlamat utama kami membangunkan laman sesawang ini adalah untuk memudahkan Umat Islam di negara ini dalam urusan badal / upah haji dan umrah khasnya dan perkhidmatan lain secara amnya. Selain itu, kami juga berusaha untuk membawa pengurusan badal / upah haji dan umrah masuk ke pasaran digital sekaligus mampu meninggikan lagi syiar Islam dimata dunia.