Selamat Datang Ke HaramainClix

IBADAH AQIQAH

Aqiqah merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Ia merupakan perkara biasa yang mana kita sering melihat akan perkara ini. Aqiqah menurut bahasa adalah rambut di atas kepala bayi ketika dilahirkan. Manakala dari sudut syarak pula bermaksud haiwan ternakan (al-An’am) yang disembelih ketika mencukur rambut bayi dikepala. Hikmah melakukan aqiqah adalah menzahirkan perasaan gembira dan nikmat dengan kurniaan nasab keturunan.

Hukum aqiqah adalah sama dengan hukum qurban iaitu sunat muakkad kepada mereka yang menanggung nafkah ke atasnya akan kanak-kanak tersebut dengan hartanya, dan bukan dengan harta kanak-kanak tersebut. Hukum sunat ini berdasarkan dalil dari hadith Rasulullah SAW iaitu:

عَنْ سَمُرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الغُلَامُ مُرْتَهَنٌ بَعَقِيقَتِهِ. يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعَ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ.

Maksudnya: Daripada Samurah berkata : Rasulullah SAW bersabda: Kanak-kanak itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah untuknya pada hari ketujuh serta diberi nama dan dicukur kepalanya.
Huraian bagi hadith di atas, yang dimaksudkan dengan “tergadai dengan aqiqahnya” ialah tidak membesar seperti kanak-kanak yang seumpamanya membesar hingga diaqiqahkan untuknya. Menurut Imam Ahmad dan majoriti ulama’ lain bepandangan, yang dikehendaki dengan “tergadai dengan aqiqahnya” ialah apabila dia (bayi) tidak diaqiqahkan, dia tidak dapat memohon syafaat untuk ibu dan bapanya pada hari kiamat.

Waktu aqiqah bermula apabila keluar semua tubuh kanak-kanak tersebut dan berlanjutan sehingga sampai waktu balighnya. Apabila kanak-kanak itu sudah baligh, maka gugurlah tuntutan daripada bapanya. Maka pada ketika itu (setelah baligh), sunat mengerjakan aqiqah untuk dirinya kerana memperoleh semula barang yang luput. Hal ini seperti pandangan Syeikh Ibn Hajar dala kitab Tuhfah al-Muhtaj: Hal ini adalah kerana, anak yang sudah baligh telah terasing sendiri. Tidak dinafikan bahawa sunat aqiqah pada dirinya jika ibu atau bapa atau walinya tidak melakukan aqiqah untuknya sebelum sampai umur baligh.

Namun, hari yang afdhal untuk menyembelih aqiqah ialah pada hari ketujuh kelahiran dan hari kelahiran dikira dalam bilangan. Contohnya, jika seseorang lahir pada siang ahad, maka disunatkan aqiqah pada pagi sabtu minggu hadapan. Tetapi jika anak dilahirkan pada waktu malam, maka malam itu tidak dikira pada bilangan, hendaklah dimulai pada bilangan itu dari hari yang mengiringinya. Contohnya, jika seseorang lahir selepas Maghrib, Sabtu malam Ahad, maka sunat aqiqah pada padi Sabtu hadapan. Hal ini seperti yang dinukilkan oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjariy dalam kitab Sabil al-Muhtadin.

Jika tidak disembelih pada hari ketujuh, waktu ikhtiar(pilihan) yang lain adalah pada hari keempat belas. Jika tidak disembelih pada hari keempat belas, maka hendaklah disembelih pada hari ke dua puluh satu. Demikianlah seterusnya tiap-tiap tujuh hari berikutnya. Namun begitu, ada sebagian ulama’ menyatakan apabila sudah berulang-ulang tiga kali tujuh, maka habislah waktu ikhtiar (pilihan).

* Sunat melakukan aqiqah untuk bayi yang meninggal dunia setelah ia lahir dan sempat hidup dalam tempoh yang membolehkannya aqiqah ditunaikan untuknya, walaupun bayi itu meninggal dunia sebelum hari ketujuh.

Aqiqah yang sempurna dan yang paling afdhal ialah diaqiqahkan untuk bayi lelaki dua ekor kambing dan sunat sama keadaannya kedua-dua ekor kambing tersebut. Manakala bagi bayi perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing. Hal ini bertepatan dengan hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah R.H.A :

أَمَرَنَا رَسُولُ اللّٰهِ أَن نَعُقَّ عَنِ الغُلَامِ بِشَاتَيْنِ مُتَكِافِئَتَيْنِ وَعَنِ الجَارِيَةِ بِشَاةٍ.

Maksudnya: Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bayi lelaki dua ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan perempuan seekor kambing.

Selain itu juga, memadai jika bayi lelaki diaqiqahkan dengan seekor kambing atau kibasy. Hal ini seperti hadith Rasulullah SAW :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ اَنَّ رَسُولُ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَقَّ عَنْ الحَسَنِ وَالحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا.

Maksudnya: Daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW telah mengaqiqahkan al-Hasan dan al-Husain masing-masing seekor kibasy.

* Boleh berkongsi bahagian untuk seekor, lembu atau kerbau. Iaitu seekor kambing atau biri-biri atau kibasy bersamaan dengan satu daripada tujuh bahagian unta, lembu atau kerbau.

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi haiwan aqiqah adalah:

  1. Cukup Umur
    Umur minimum bagi unta adalah 5 tahun, manakala untuk lembu, kerbau, kambing dan kibasy adalah 2 tahun, seterusnya biri-biri 1 tahun. Namun, jika biri-biri itu sudah gugur giginya sebelum cukup setahun, maka ia diharuskan.
  2. Tiada Kecacatan yang Mengurangkan Daging
    Haiwan qurban itu hendaklah tidak mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan daging. Tidak boleh jika haiwan aqiqah itu berkudal (penyakit kulit yang boleh mencacatkan nilai harga) walaupun kudalnya sedikit dan ada harapan untuk hilang. Hal ini kerana kudal itu akan membinasakan daging dan mengurangkan nilai.
  3. Jangan Terlalu Tempang
    Disyaratkan haiwan tersebut tidak terlalu tempang jika dibandingkan dengan yang lain, iaitu kadarnya haiwan yang tempang itu jauh tertinggal dengan haiwan lain tatkala pergi ke padang ragut untuk makan.
  4. Tidak Gila, Buta atau Terlalu Kurus
    1. Tidak gila iaitu tidak tahu mencar tempat makanan. Oleh itu, makanannya kurang menyebabkan ia menjadi kurus.
    2. Tidak buta sebelah mata atau kedua-duanya belah matanya atau disebabkan putik (sejenis penyakit mata) yang menutup kebanyakan matanya atau keseluruhan matanya.
    3. Tidak terlalu kurus, dengan sekadar hilang sumsumnya.
  5. Tidak Berpenyakit Sehingga Menyebabkan ia Kurus, Tiada Telinga atau Terpotong Salah Satu Daripada Anggota Lainnya.
    Disyaratkan juga haiwan tersebut tidak sakit sehingga menyebabkan ia kurus dan tidak terpotong telinganya walaupun sedikit. Hal ini kerana hilang sebahagian anggota aqiqah yang dimakan. Akan tetapi, jika telinganya terbelah atau bertindik dan tidak hilang sebahagian anggota yang dimakan, maka ia dibolehkan.
  6. Tidak Terpotong Lidah, Buah Dada, Alyah atau Ekor
    Disyaratkan juga tidak terpotong mana-mana bahagian pada lidah, buah dada, alyah (kantung atau pundi longgokan pada lemak ekor) atau ekornya walaupun sedikit.
  7. Haiwan Tersebut Tertanggal Semua Giginya
    Jika tertanggal sebahagian atau separuh giginya dan tidak menyusahkannya ketika ia makan dan tidak mengurangkan dagingnya maka ia dibolehkan.
  8. Haiwan yang Hilang Sebahagian Besar daripada Pahanya
    Disyaratkan juga tidak hilang sebahagian besar daripada pahanya tetapi jika sedikit, maka ia dibolehkan.

 

HARGA BINATANG AQIQAH DI MEKAH & MADINAH

JENIS BINATANG
BAHAGIAN
HARGA
Kambing
Seekor
 RM 550
 Biri-biri
 Seekor
 RM 550

 

HARGA BINATANG AQIQAH DI NEGARA NUSANTARA ( TERPILIH )

JENIS BINATANG
BAHAGIAN
HARGA
Kambing
Seekor
RM 550
Biri-biri
Seekor
RM 550
Lembu
Seekor
RM 3150
Kerbau
Seekor
RM 3360
Lembu
1/7
RM 450
Kerbau
1/7
RM 480

Cenderahati Haramainclix


TEMPOH MASA PROSES IBADAH AQIQAH HARAMAINCLIX 
NEGARA NUSANTARA ( TERPILIH )

PENDAFTARAN
Selepas bayaran disahkan
PENGESAHAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN MAKLUMAT
1-3 hari selepas bayaran disahkan
PENGHANTARAN CENDERAHATI PENDAFTARAN DAN INVOICE / RESIT BAYARAN
1-7 hari selepas pengesahan pendaftaran
PELAKSANAAN IBADAH AQIQAH
Hari Raya Qurban dan sehingga berakhir Hari Tasyriq
PENGHANTARAN SIJIL PENYERTAAN IBADAH AQIQAH
14-30 hari selepas selesai pelaksanaan ibadah aqiqah
  • Tempoh hari dalam jadual di atas berdasarkan hari berkerja tidak termasuk cuti mingguan dan cuti umum.
  • Cuti mingguan HaramainClix adalah Sabtu dan Ahad
  • Pendaftaran dibuka sepanjang tahun