Selamat Datang Ke HaramainClix

AIR ZAM-ZAM

Zam-zam dalam bahasa Arab membawa maksud banyak dan melimpah ruah. Zam-zam merupakan mata air/perigi yang terletak di kawasan Masjidil Haram iaitu disebelah tenggara Kaabah dan berkedalaman 42 meter. Air zam-zam merupakan air yang diberkati oleh Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan Hadith dari Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“ Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengenyangkan (dan ubat bagi penyakit”.

Kewujudan telaga zam-zam / air zam-zam adalah berasal dari peristiwa Siti Hajar dan puteranya iaitu Nabi Ismail AS yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim AS di sebuah lembah yang gersang dan tandus yang tiada berpenghuni. Nabi Ibrahim AS telah meninggalkan isteri dan puteranya yang masih lagi menyusu dengan hanya berbekalkan sebuah bekas daripada kulit yang mengandungi beberapa biji tamar dan seuncang air.

Sampai suatu ketika, apabila bekalan yang ditinggalkan itu telah habis, dan susu Siti Hajar juga telah kering, maka Nabi Ismail AS mulai menangis kerana kepanasan dan kelaparan. Melihat situasi itu, maka Siti Hajar memberanikan diri untuk mendaki sebuah bukit yang berhampiran (Safa) dengan harapan bertemu manusia yang dapat menolongnya. Beliau turun dan berjalan sehingga tiba disebuah bukit (Marwah), namun tetap hampa. Sehingalah berlaku ulang alik dari Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.

Semasa Siti Hajar tiba di Bukit Marwah untuk kali terakhir, beliau telah mendengar satu suara yang datangnya dari arah Nabi Ismail AS ditinggalkan. Beliau langsung bergegas ke sana dan alangkah terkejutnya apabila mendapati air yang sedang memancar berhampiran Nabi Ismail AS. Siti Hajar dengan segera membuat kepungan sambil berkata tazammami (tazammu) agar air yang terpancar itu tidak melimpah keluar. Bersempena dengan peristiwa itu, telaga ini dinamakan dengan telaga zam-zam. Air zam-zam juga dikenali sebagai Barakah, Mubarakah, Barrah, Busyra, Syarab al-Abrar, Rakdhah Jibrail, Hafirah Abdul Muttalib, Syifa’Suqmin, Sofiyyah dan lain-lain.

Antara kelebihan air zam-zam adalah seperti berikut:

  • Menyembuhkan pelbagai penyakit.

  • Berzat dan mampu mengenyangkan serta menambahkan kekuatan tubuh badan peminumnya.

  • Menyempurnakan tujuan peminumnya dengan izin Allah. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ

Maksudnya: Meminum air zam-zam akan menghasilkan maksud yang dihajatinya (Riwayat al-Hakim dan Dar al-Qutniy)

  • Air ini telah digunakan untuk membasuh jantung Rasulullah SAW pada malam Isra’ dan Mikraj.

  • Tidak pernah kering walau sebanyak mana pun diambil.

Antara adab-adab meminum air zam-zam yang telah digariskan oleh para ulama’ adalah seperti berikut:

  • Menghadap ke arah kiblat.

  • Membaca doa sebelum meminumnya. Doanya adalah seperti berikut:

اللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ.

Maksudnya: Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit.

  • Membaca Bismillah pada setiap kali meneguknya.

  • Minum dalam keadaan tenang dengan tiga kali nafas iaitu dengan tiga kali tegukan.

  • Mengucapkan Alhamdulillah apabila telah selesai meminumnya.

  • Menggunakan tangan kanan ketika meminumnya.

  • Yakin akan hasrat yang dihajatkan itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Terdapat banyak pandangan ualam’ mengenai air zam-zam. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Ibn Birri dalam Kitab Taj al-Arus:

Dalam kitab ini, menyatakan bahawa terdapat dua belas nama bagi air zam-zam. Ia mempunyai nama yang banyak, dan nama yang banyak itu menunjukkan kemuliannya.

  1. Al-Fakihi dalam kitab Akhbar Makkah:

Air zam-zam adalah sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air.

  1. Imam al-Daiba’ al-Syaibani

Air zam-zam sebagai tanda yang nyata akan kemuliaan tanah haram Makkah.

  1. Imam Nawawi berkata:

Pendapat yang Asah ( lebih sahih) bahawa secara zahirnya, ia (air zam-zam ) dari syurga.

  1. Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf

Air zam-zam dikatakan mata air syurga.

  • Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  • Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
  • Antara mata air syurga.
  • Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  • Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  • Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  • Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  • Minuman orang mulia (al-abrar).
  • Menambah kekuatan badan.

 

 
10 liter
RM 160
*Harga yang dipaparkan telah termasuk kos penghantaran ( Semenanjung Malaysia Sahaja )